Wednesday, 12 September 2012

Tugasan Sekolah


Tugasan Kerja rumah - 13 September 2011

- Selesaikan Kertas Latihan Menengah Satu
Diberikan pada jam 11:15, 12 September
( Hanya sesiapa yang tidak sudah selesaikannya )

Tuesday, 11 September 2012

Kerja Rumah (Tugasan Individu)

Tugasan Individu
Buku Aktiviti:

  • Unit 10, ms 25
  • Unit 11, ms 49
  • Unit 12, ms 64 & 65
  • Unit 13 ms 75


Buku Teks
[Arahan: Baca, fahami dan cuba buat latihan di Buku Teks]

  • Unit 10, ms 38 & 39 & 40
  • Unit 11, ms 56 & 57
  • Unit 12, ms 82 & 83

Wednesday, 29 August 2012

Tugasan - 30 Ogos 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa kamu perlu berada di kelas MT (bersama pelajar Bahasa Mandarin) untuk kelas Bahasa Melayu (0805 - 0855). Setiap pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan yang telah disediakan. Wakil kelas akan mendapatkan tugasan tersebut dan berikan pada kamu. Gunakan masa yang ada untuk selesaikan setakat mana yang kamu mampu. Tiada perbincangan yang diperlukan. Kamu boleh rujuk mana-mana bahan yang sesuai. Tugasan ini harus dihantar, sama ada kamu selesai kesemuanya ataupun tidak.

Kemudian, serahkan semua kertas kepada wakil kelas. Wakil kelas akan kumpulkan dan letakkan di 'pigeon hole' saya selepas kelas. Harap kamu gunakan latihan ini sebagai persiapan untuk peperiksaan.

Wakil kelas :
S101 = Erika
S102 = Qadirah
S103 = Ibrahim


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 20 August 2012

Karangan Naratif - Gaya Bahasa

Para pelajar arif budiman,

Sila rujuk pada nota karangan naratif dan masukkan dapatan kamu di ruang yang disediakan.




Terima kasih.


Cg Azizah.Ahmad

Karangan Naratif - Cetusan Idea

Para pelajar arif budiman,

Sila fikirkan persoalan-persoalan ini apabila menonton klip video ini.
  • Apakah kesan klip video ini pada kamu?
  • Apakah mesej yang ingin disampaikan?
Sila letakkan dapatkan kamu di ruang komen yang disediakan.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Thursday, 16 August 2012

Perkongsian Karangan Naratif - Debaran

Para pelajar arif budiman,

Sila masukkan dapatan kamu di ruang yang disediakan. Tugasan ini harus diselesaikan sebelum kelas pada hari Jumaat, 17 Ogos.





Terima kasih.


Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 7 August 2012

Peringatan

Pada para pelajar, sila diingatkan untuk membawa kamus pada minggu depan, hari Selasa, 14 Aug. Terima kasih.

Thursday, 2 August 2012

Tugasan - 3 Ogos 2012


Para pelajar arif budiman,

Saya minta maaf kerana saya tidak dapat hadirkan diri esok, 3 Ogos. Walau bagaimanapun, ada tugasan yang perlu diselesaikan pada waktu kelas Bahasa Melayu pada pukul 8.45 pagi. Saya telah melantik wakil kelas - Danish M untuk S101, Qadirah untuk S1o2, Ibrahim untuk S103.

1. Semua pelajar akan berada di kelas masing-masing (bergabung dengan pelajar Cina). Memandangkan awak semua berkongsi ruang dengan mereka, sila pastikan awak tidak mengganggu mereka.

2. Wakil kelas perlu dapatkan lampiran daripada 'pigeon hole' saya di luar bilik guru. Setiap kelas ada label sendiri.

3. Wakil kelas berikan lampiran kepada rakan-rakan kelas.

4. Semua pelajar harus selesaikan tugasan dalam masa kelas Bahasa Melayu. Tiada perbincangan yang diperlukan.

5. Setelah tamat kelas Bahasa Melayu, semua pelajar wajib serahkan lampiran kepada wakil kelas.

6. Wakil kelas akan letakkan lampiran-lampiran tersebut di dalam 'pigeon hole' saya di luar bilik guru.

7. Tugasan ini akan dinilai. Sila pastikan tugasan ini diselesaikan.


Terima kasih atas kerjasama awak semua.

Salam mesra,

Cikgu Azizah.Ahmad




Wednesday, 25 July 2012

Peperiksaan Lisan

Peperiksaan Lisan akan diadakan pada hari Isnin, 30 Jul. Jika tidak datang, harus ada surat doktor (MC). Jika tidak, kamu akan diberikan markah kosong.  Sila lapor diri di kelas Melayu pada pukul 2 petang.  Ia akan dimulakan dengan kelas S101 diikuti oleh S102 dan S103.

Terima kasih.

Thursday, 19 July 2012

Tugasan 19/7/12

1) Selesaikan kerja rumah tentang Sentosa
2) Ingat bahawa pada Selasa depan, pergi ke InfoHub pada TS/C untuk kelas Melayu.

Tuesday, 17 July 2012

Tugasan

1)Buat latihan di Buku Teks (HML):
Unit 12- Muka Surat 66,67
Soalan 1-4 (Pemahaman)
Soalan 1-5 (Kosa Kata)
2)Buat tugasan di Blog

Monday, 16 July 2012

Cerita Dongeng - Perbandingan

Para pelajar arif budiman,

Selepas menonton video ini, kamu dikehendaki untuk berkongsi pendapat berdasarkan soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.





1. Apakah tujuan video ini dibuat?
2. Apakah perbezaan cerita dongeng yang kita ketahui dengan kartun ini?


Terima kasih.
Cg Azizah

Cerita Dongeng - Hang Tuah & Hang Jebat

Para pelajar arif budiman,

Sila jawab soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.

1. Siapakah Hang Tuah, Hang Jebat? Apakah hubungan di antara mereka?
2. Apakah tujuan cerita dongeng mereka?
3. Apakah watak yang awak digemari, Hang Tuah atau Hang Jebat? Mengapa?
4. Jika awak sebagai Hang Tuah atau Hang Jebat, apakah yang awak hendak lakukan agar keadaan menjadi lebih baik?


Terima kasih.
Cg Azizah

Friday, 13 July 2012

Acara Bulan Bahasa 2012

Kepada Waris Para Pelajar,

Dengan sukacitanya, pihak sekolah memaklumkan tentang aktiviti yang boleh diikuti para pelajar SST serta ahli keluarga masing-masing. Memandangkan Unit Bahasa Melayu SST mempunyai hubungan kerja yang erat dengan pihak NLB, kami amat mengalu-alukan sokongan para pelajar serta ahli keluarga dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak NLB.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang diadakan di Perpustakaan Daerah Jurong (Jurong Regional Library). Semua pelajar dijemput hadir untuk mana-mana aktiviti. Ahli keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan acara Bulan Bahasa 2012.

PERPUSTAKAAN DAERAH JURONG, SABTU, 14 JULAI 2012

MASA

AKTIVITI

TEMPAT

PENYERTAAN (√)

2.30 – 3 ptg

Aktiviti Bercerita

Kawasan Perpustakaan

3.15 – 3.45 ptg

11 pg – 1 ptg

Bual-bual Seni – Bual & Tunjuk oleh Sri Warisan

Programme Zone

2 – 5 ptg

Alunan Ekspresiku oleh Jawatankuasa Penganjur Bulan Bahasa 2012

Daerah

Verging All Teens

1 – 5 ptg

Pondok Aktiviti oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)

Kawasan Perpustakaan

2 – 3 ptg

Sembang Sastera : Cerna Ilham

Programme Zone

3 – 4 ptg

Pelabgai Inspirasi, Satu Suara: 365 Tukilan Menemani Anda Setiap Hari oleh Rita Zahara & Sarkasi Said

Programme Zone

4 – 5 ptg

Celatah Si Comel oleh Warna

Kawasan Perpustakaan

4 – 5 ptg

Sembang Dikir : Menjana Identiti Tulisan Kita oleh Lam Soon MAEC Youth, Keris Movements

Programme Zone

Sekian terima kasih.

Cikgu Azizah Bte Ahmad

bagi pihak Jabatan Bahasa Ibunda, Sekolah Sains & Teknologi

Adat & Budaya Melayu

1. Muzik (Shaq)
2. Makanan (Danish K)
3. Pakaian (Jericho)
4. Majlis Keramaian (Danish M)

Soalan
1. Apakah adat/budaya?
2. Mengapa ia dianggap adat/budaya Melayu?
3. Siapakah yang mengikuti adat/budaya tersebut?
4. Bagaimana adat/budaya ini dilakukan?

Sunday, 24 June 2012

Pertemuan Sekali Lagi...


Selamat sejahtera,

Harapan agar semua mendapat rehat yang secukupnya. Kita akan bertemu lagi. Buat masa ini, awak boleh dapatkan jadual kelas dari googlesite atau daripada guru kelas.



Sila pastikan bahawa awak bawa Fail Bahasa Melayu serta Lampiran (tugasan cuti sekolah bulan Jun). Bagi yang belum menghantar tugasan (lisan & ulasan buku), sila maklum bahawa markah penilaian akan diberikan.

Semoga kita menjadi lebih bersemangat untuk menempuh cabaran-cabaran baru. Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Thursday, 17 May 2012

Pengumuman (17 Mei 2012)

1) Tugasan Cuti Sekolah
- Lisan & Bacaan (Tarikh penghantaran sebelum 1 Jun, 9 malam)


2) Common Test
- Pembetulan
- Tandatangan ibu/bapa
- Letakkan di fail


3) Fail Melayu 
- Tandatangan ibu/bapa
-Buat pembetulan (jika perlu)


4) 25 Jun 2012 (Isnin)
- Selepas cuti sekolah
- Bawa lampiran tugasan cuti sekolah
- Bawa fail (yang sudah dikemaskini)


5) Kuiz Majalah Dewan Siswa (Mac/Apr/Mei)
-Diletakkan di Blog Melayu
(3 Jun- 24 Jun 2012)
-Wajib dibuat

Sunday, 13 May 2012

Kelas Bahasa Melayu - 14 Mei 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa saya tidak dapat hadir pada hari Isnin, 14 Mei. Sila pastikan kamu duduk di kelas sendiri dan selesaikan tugasan yang diberikan. Kamu dikehendaki rujuk pada arahan-arahan berikut bagi memastikan masa kamu digunakan sebaik mungkin.

1. Rujuk pada Googlesite-HML.

2. Pergi ke Bahagian Kemahiran Berfikir (Bahasa). Klik pada pautan (link) Latihan Bahasa - Kertas Peperiksaan.

3. Muat turun dokumen Latihan 1 (Bahasa-Soalan)_1HML&1ML.

4. Tulis jawapan untuk bahagian belum kamu selesaikan tempoh hari. Kamu dikehendaki menggunakan kertas foolscap sendiri.

5. Hantar pada wakil kelas sejurus selepas berakhirnya waktu kelas Bahasa Melayu. Kamu dikehendaki hantar kertas jawapan sama ada kamu sudah selesai ataupun belum.

6. Wakil kelas akan masukkan kertas kawan-kawan ke dalam peti surat saya di luar bilik guru.

7. Wakil kelas - S101 = Erika; S102 = Daniel; S103 = Ibrahim.


Semoga masa dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

Salam mesra,
Cg Azizah.Ahmad

Monday, 16 April 2012

Kelas Bahasa Melayu - 17 April 2012


Para pelajar arif budiman,

Maaf kerana saya tidak dapat hadir pada hari Selasa, 17 April. Sila pastikan kamu duduk di kelas sendiri dan selesaikan tugasan yang diberikan. Kamu dikehendaki rujuk pada arahan-arahan berikut bagi memastikan masa kamu digunakan sebaik mungkin.

1. Rujuk pada Googlesite-HML.

2. Pergi ke Bahagian Kemahiran Berfikir (Bahasa). Klik pada pautan (link) Latihan Bahasa - Kertas Peperiksaan.

3. Muat turun dokumen Latihan 1 (Bahasa-Soalan)_1HML&1ML.

4. Tulis jawapan untuk semua bahagian kecuali Bahagian D (Ringkasan). Kamu dikehendaki menggunakan kertas foolscap sendiri.

5. Hantar pada wakil kelas sejurus selepas berakhirnya waktu kelas Bahasa Melayu. Kamu dikehendaki hantar kertas jawapan sama ada kamu sudah selesai ataupun belum.

6. Wakil kelas akan masukkan kertas kawan-kawan ke dalam peti surat saya di luar bilik guru.

7. Wakil kelas - S101 = Erika; S102 = Daniel; S103 = Ibrahim.


Semoga masa dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

Salam mesra,
Cg Azizah.Ahmad





Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 1HML & 1ML)

Petikan : Isnin, 16 April 2012, Kawal risiko di dalam talian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Remembering :

Apakah dimaksudkan dengan ‘penjenayah siber’? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘memuat naik’ dengan ‘memuat turun’? (2 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, apakah yang perlu kamu lakukan untuk mengawal keselamatan kamu di ruang siber? Nyatakan dua cara tersebut? Jelaskan dengan menyatakan mengapa cara itu dilakukan. (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 19 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 9 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 1HML & 1ML)

Para pelajar,

Ini tugasan untuk minggu ini. Selamat membaca!

Petikan : Isnin, 9 April 2012, Disiplin kunci kejayaan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Remembering :

Apakah peranan penting yang dimainkan para pegawai SAF sebagai komander? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘taktik dengan ‘strategi? (2 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, Said Mahdi ada menyatakan bahawa latihan SAF bermanfaat untuk dirinya. Apakah dua manfaat tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan.(4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 12 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 3 April 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 1HML & 1ML)

Petikan : Selasa, 3 April 2012, Menuntut Ilmu Sampai Ke Beijing-Xian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Remembering :

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘memendam rasa’? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara istilah tamadun dan zaman? (2 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, pengalaman ke tempat peninggalan sejarah meninggalkan kesan pada

penulis. Nyatakan dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada

petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 2 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 1HML & 1ML)

Para pelajar arif budiman,

Ini tugasan pada minggu ini.

Bagi para pelajar yang tidak melaksanakan tugasan minggu lepas (26 Mac atau 27 Mac), kamu dikehendaki untuk membuat kededua ulasan akhbar (2 April & 3 April) untuk pastikan kamu dapat latihan yang secukupnya. Pelajar-pelajar tersebut : Erika, Danish M, Zahid, MDaniel, Qadirah.

Bagi pelajar-pelajar lain, kamu hanya dikehendaki melaksanakan ulasan akhbar untuk 2 April dan/atau 3 April.

_____________________________________________________________________

Petikan : Isnin, 2 April 2012, Murid raih manfaat sokongan badan amal

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Remembering :

Apakah tujuan perkhidmatan TYA (Touch Young Arrows)? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘bantuan’ dengan ‘sokongan’? (2 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, ada disentuh tentang kesan daripada bantuan yang dihulurkan pihak TYA. Apakah dua kesan tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 27 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Tokoh Negara)

Selamat sejahtera,

Kamu perlu menghasilkan karangan yang bertajuk...

Tajuk : Seorang tokoh negara yang saya sanjungi

Kamu dikehendaki membuat karangan ini minggu depan. Kamu perlu memuat turunkan lampiran Latihan II - Tokoh Disanjungi (1HML & 1ML) daripada Googlesite, "Latihan Tokoh".

Bagi memastikan kamu mempunyai isi-isi yang diperlukan, setiap pelajar dikehendaki mengumpulkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. Butir Peribadi - Tarikh lahir, Tempat lahir
  2. Latar Belakang Keluarga - Nama dan pekerjaan bapa, Nama dan pekerjaan ibu, Berapa ramai adik-beradik, Tempat tinggal
  3. Pendidikan - Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pendidikan lanjutan
  4. Ciri-ciri mulia - Sifat, Sikap, Orang yang mempengaruhi beliau, Mengapa beliau patut disanjungi

Oleh itu, kamu perlu membuat kajian ringkas dan kongsi dapatan kamu di ruang komen. Kamu boleh gunakan bahan rujukan yang disediakan atau membuat kajian kamu sendiri. Kamu dikehendaki bekerja secara berpasangan/berkumpulan. Di bawah ini adalah pembahagian tugasan.

Tokoh - Lee Kuan Yew
Butir Peribadi & Latar Belakang Keluarga : Daniel, Shaquille, Ibrahim
Pendidikan : Irfan & Hakeem & Afif
Ciri-ciri mulia : Zahid & Danish K


Tokoh - Tun Mahathir
Butir Peribadi & Latar Belakang Keluarga : Danish M, Jericho, Erika
Pendidikan : Hannah & Huda
Ciri-ciri mulia : Qadirah & Ain

Sumber maklumat (klik pada pautan untuk mendapatkan butiran lanjut) :
1. Encik Lee Kuan Yew

2. Tun Mahathir Mohamad


Sila letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Tokoh - Lee Kuan Yew
Butir Peribadi
  • Tarikh lahir : _________
  • Tempat lahir : ________________
Oleh ________ & _________


Jika kamu tidak dapat membuatnya dalam kumpulan, masukkan dapatan secara peribadi di ruang komen. Perkongsian ini perlu dilakukan sebelum waktu kelas pada hari Isnin, 2 April. Terima kasih.


Cg Azizah.Ahmad

Santapan Minda - Kembara (1HML & 1ML)



Salam sejahtera semua,
Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Selasa, 27 Mac 2012, Kayu Dalam Alam Melayu
Pautan  : Berita



1.     Bloom’s Taxanomy – Remembering :
Apakah peranan pokok dalam masyarakat Melayu kini? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan? (2 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu. 
Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk 
menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 20129 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Santapan Minda - Pendidikan & Pelajar (1HML & 1ML)


Salam sejahtera semua,


Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Isnin, 26 Mac 2012, Bengkel kongsi idea hadapi gejala IT
Pautan  : Berita


1.     Bloom’s Taxanomy – Remembering :
Apakah tujuan bengkel ini diadakan ? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan bengkel dengan forum? (2 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, ada disentuh tentang impak negatif daripada media sosial.  Nyatakan dua
impak negatif tersebut itu dan jelaskan bagaimana ia boleh dielakkan daripada berlaku dalam
kehidupan kamu.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 20129 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad