Sunday, 15 January 2012

Pembelajaran Berteraskan Konsep - Perbincangan Kelas

Para pelajar arif budiman,


Sila berikan pendapat kamu di ruang komen di sini. Ia harus dihantar sebelum 9 malam, Isnin 16 Januari 2012.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan nilai diri?
  • Adakah nilai diri penting? Mengapa?
  • Bagaimana cara untuk mengenali nilai diri yang dimiliki seseorang?
  • Apakah nilai diri kamu?


Terima kasih.



Cg Azizah.Ahmad


17 comments:

  1. a) Nilai diri adalah sikap-sikap seseorang.
    b) Nilai diri penting kerana orang akan memberi pendapat mereka tentang diri kami apabila mereka melihat perbuatan kami
    c) Nilai diri kita tidak dinilai dari kita sendiri. Orang lain akan melihat perbuatan kita.
    d) Saya suka membantu orang lain dan saya bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. (a) Nilai diri adalah penilaian perbuatan seseorang.
    (b) Niali diri penting supaya kita tahu akibat baik atau buruk perbuatan kita.
    (c) kita boleh mengenali nilai diri orang lain daripada perbuatan mereka.
    (d) Saya seorang yang tidak senang marah.

    ReplyDelete
  3. a) Nilai diri adalah sikap-sikap seorang seperti pemurah, peramah, prihatin dan ramai lagi.

    b) Nilai diri penting kerana kalau ada orang yang tidak ada nilai diri ramai orang akan mengabaikan dan tidak suka orang itu.

    c)Kita boleh mengenali nilai diri dimiliki seseorang dengan melihat perbuatan orang itu.

    d) Saya peramah dan rajin.

    ReplyDelete
  4. A)Nilai diri ialah ciri-ciri seorang.
    B)Nilai penting kerana ia menunjukkan perangai seorang.
    C)Kita boleh mengenali nilai sendiri apabila orang memuji kita.
    D)Nilai saya ialah saya peramah dan suka membantuu orang.

    ReplyDelete
  5. a) Nilai diri seseorang ialah ciri-ciri mereka.
    b) Nilai diri amat pening kerana tanpa nilai diri, orang lain tidak akan menjadi kawan kami.
    c) Ia boleh dilakukan dengan mematuhi tingkah laku seseorang.
    d) Peramah baik hati suka membantu dll.

    ReplyDelete
  6. a)Nilai diri adalah ciri-ciri yang baik yang diperolehi seseorang.
    b)Nilai diri penting kerana ia menunjukkan sikap dan keperibadian seseorang.
    c)Kita boleh mengenali nilai seseorang dengan memerhatikan tingkah laku seseorang itu.
    d)Nilai saya adalah, sabar, bertanggung jawab dan cerdik.

    ReplyDelete
  7. a) Nilai diri ialah sifat-sifat atau sikap-sikap yang seorang peroleh.
    b) Nilai diri penting kerana ia memberi kesan positiv atau negativ kepada orang lain.
    c) Ia boleh kenalinya dengan memerhatikan kelakuan seorang.
    d) Nilai saya adalah, bertanggung jawap, suka membantu orang lain dan menghormati.

    ReplyDelete
  8. a) Nilai diri adalah moral yang seseorang memperolehi.
    b) Nilai diri penting kerana ia mencerminkan dan memberi kesan kepada orang lain tentang diri sendiri.
    c) Kita harus memerhatikan sifat-sifat dan sikap-sikap seseorang.
    d) Nilai diri saya adalah peramah, sabar, bertanggungjawab dan rajin menolong orang lain.

    ReplyDelete
  9. a)Nilai diri seseorang itu ciri-ciri yang boleh dicontohi. Ia juga bergantung dengan persekitaran seseorang.
    b)Nilai diri penting kerana ia menunjukkan bagaimana seseorang itu bersikap jika dia orang baik atau tidak.
    c)Kami boleh memerhatikan perbuatan seseorang atau sikapnya.
    d)Nilai diriku ialah peramah, baik hati dan sabar.

    ReplyDelete
  10. a)Nilai diri seseorang ialah sikap-sikap atau ciri-ciri yang boleh dicontohi.
    b)Nilai diri penting kerana ia mencerminkan keperibadian kita.
    c)Kami boleh memerhatikan perbuatan seseorang untuk mengenali nilai diri orang lain (bukan sendiri)
    d)Nilai diriku ialah bertanggungjawab,boleh menahan kemarahan dan rajin menolong orang lain.

    ReplyDelete
  11. a) Nilai diri adalah sikap-sikap seseorang yang harus dicontohi.
    b) Nilai diri penting kerana ia mencerminkan diri sendiri.
    c) Kita boleh mengenali nilai diri seseorang daripada memerhatikan perbuatan mereka.
    d) Nilai diri saya adalah bertanggungjawab, suka membantu orang lain dan tidak senang marah.

    ReplyDelete
  12. a) Nilai diri adalah ciri-ciri dan sikap-sikap yang terdapat dalam diri seseorang.
    b) Ya, kerana nilai diri itu bagaikan maruah. Tanpanya, orang tidak akan lagi menghormati seseorang itu.
    c)Kita boleh mengenali nilai diri seseorang dengan memerhatikan perbuatan ataupun tingkah lakunya.
    d) Nilai diri saya adalah berfikir secara rasional dan suka menolong orang yang memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  13. a) Nilai diri ialah hormat diri dan sikap-sikap yang kita mempunyai.
    b) Nilai diri penting kerana ia boleh menjejaskan orang lain jika kita tidak mengawal nilai diri kita.
    c) Kita harus memerhatikan sikap-sikap orang lain.
    d) Saya seorang yang peramah dan yakin.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas sumbangan awak semua. Saya pasti nilai diri awak dibentuk oleh keluarga yang tersayang. Harapan saya ialah agar kita semua tahu menjaga nilai diri (maruah diri) agar sering dipandang mulia oleh orang lain.

    ReplyDelete
  15. Daniel dan Danish K, sila masukkan komen awak secepat mungkin. Saya harap ada kawan yang mengingatkan mereka. Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. 1. Nilai diri ialah ciri-ciri seseorang.
    2. Nilai diri ialah penting untuk mengenali diri kita sendiri
    3. Kita boleh memuji orang itu.
    4. Saya peramah dan bertanggungjajwab

    ReplyDelete
  17. a) Nilai diri adalah sikap-sikap seseorang individual.

    b) Ya nilai diri penting. Nilai diri bagi orang pendapat tentang kami.

    c) Kita boleh mengenali nilai orang lain dari perbuatan orangnya

    d) Saya seorang bertanggungjawab dan akan menolongorang yang perlukannya.

    ReplyDelete