Monday, 5 March 2012

Karangan Deskriptif - Peta Minda (Majlis Hari Jadi)

Para pelajar,

Sila buat peta minda dan masukkan ke ruang komen.

Tajuk : Majlis Hari Jadi
  1. Pada cuti sekolah yang lalu, kamu menghadiri majlis hari jadi seorang rakan. Ceritakan pengalaman dan perasaan kamu ketika berada di majlis itu.

Tugasan ini harus dibuat dan dimasukkan sebelum pukul 9 malam, 5 Mac.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

32 comments:

  1. Permulaan:
    Bersiap-siap di rumah
    Dihantar bapa ke majilis
    Isi:
    Dijemput dgn meriah
    Main dan juga buat aktiviti
    Menjamu selera
    Pengakhiran:
    Tiup lilin kek
    Makan kek
    Bernyanyi
    Pulang ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan

      Pengakhiran
      - Mengapa tidak masukkan acara tiup lilin pada bahagian isi? Acara ini penting dalam sesuatu majlis hari jadi.
      - Boleh masukkan keadaan ramai tetamu yang beransur-ansur pulang

      Delete
  2. Permulaan:
    Berasa terujah
    Bersiap-siap
    Membawa hadiah
    Isi:
    Bertemu bersama rakan-rakan lain, pergi bersama
    Sampai ke rumah rakan, bersalam-salaman
    Memberi hadiah kepada rakan
    Bermain permainan, menjamu selera
    Berbual, berketawa
    Ayam, nasi, kuih-muih, minuman sejuk
    Pengakhiran:
    Ibu rakan mengeluarkan kek
    Semua bernyanyi bersama
    Meniup lilin
    Berucap terima kasih kepada keluarga rakan
    Pulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan

      Pengakhiran
      - Mengapa tidak masukkan acara tiup lilin pada bahagian isi? Acara ini penting dalam sesuatu majlis hari jadi.
      - Kemasukan bahagian ucapan terima kasih itu adalah suatu yang baik, ia menunjukkan kesopanan yang tersirat

      Delete
  3. Permulaan :
    Mendapat jemputan dari kawan
    Bersiap untuk ke majlis
    Dihantar ke situ oleh bapa

    Isi :
    Jumpa kawan-kawan lain di situ
    Letakkan hadiah
    Bermain aktiviti-aktiviti

    Pengakhiran :
    Penat selepas aktiviti
    Masa untuk makan kek
    Tiup lilin
    Nyanyi lagu hari jadi
    Makan kek
    Pulang ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Komen seperti untuk Danish M

      Permulaan & isi - bertepatan

      Pengakhiran
      - Mengapa tidak masukkan acara tiup lilin pada bahagian isi? Acara ini penting dalam sesuatu majlis hari jadi.
      - Boleh masukkan keadaan ramai tetamu yang beransur-ansur pulang

      Delete
  4. Permulaan:
    Bersiap-siap sedia untuk majlis
    naik bus ke sana.
    Isi:Bertemu dengan rakan-rakan dalam perjalanan ke sana
    Bersalam-salaman apabila sampai di majlis
    Memberi hadiah kepada rakan
    bercakap-cakap dengan orang lain di sana
    menjamu selera
    Nasi goreng, kuih-kuih,mee goreng,muniman sejuk
    Pengakhiran:
    Ibu rakan mengeluarkan kek
    semua bernyanyi sama
    Makan kek yang begitu manis
    Berucap terima kasih
    pulang rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan, ditambah dengan makanan, acara

      Pengakhiran
      - Mengapa tidak masukkan acara tiup lilin pada bahagian isi? Acara ini penting dalam sesuatu majlis hari jadi.
      - Catatan tentang salam-salaman & ucapan terima kasih menunjukkan kesopanan dalam makna yang tersirat

      Delete
  5. Permulaan:
    Berasa terangsang
    Memakai baju
    Pergi ke tempat majlis
    Isi:
    Bermain dengan seronok
    Berbual-bual dengan kawan
    Memberikan hadiah kepada kawan
    Bermain bola sepak
    Pengakhiran:
    Kek di bawa keluar
    Kawan meniup lilin
    Memotong keknya
    Bernyanyi
    Memakan kek
    Kawan berterima kasih kepada kawan-kawannya yg hadir
    Berpulang bersama kawan-kawan lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan

      Pengakhiran
      - Mengapa tidak masukkan acara tiup lilin pada bahagian isi? Acara ini penting dalam sesuatu majlis hari jadi.
      - Catatan ucapan terima kasih menunjukkan kesopanan = bagus!

      Delete
  6. Permulaan:
    - Bangun awal dengan berasa amat gembira
    - Bersiap sedia untuk menuju ke rumah rakan
    - Membawa hadiah
    - Menaiki bas untuk ke rumah rakan
    Isi:
    - Tiba di rumah rakan
    - Bersalam-salaman dengan keluarganya dan memberi rakan hadiahnya
    - Menolongnya siapkan permainan, makanan dan benda-benda lain untuk majlisnya
    - Menunggu untuk tetamu yang lain untuk tiba sambil menonton filem
    - Menjamu, bermain dan berbual dengan rakan-rakan yang lain
    Pengakhiran:
    - Ibu bapa rakan mengeluarkan kek
    - Semua orang menyanyi lagu hari lahir untuk rakan bersama-sama
    - Rakan meniup lilin
    - Makan kek
    - Mengucap terima kasih kepada keluarga rakan dan mengucap selamat hari lahir kepada rakan
    - Pulang ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan, ada catatan tentang salam, bantu dalam persiapan = menunjukkan tahap kesopanan yang tinggi

      Pengakhiran
      - Mengapa tidak masukkan acara tiup lilin pada bahagian isi? Acara ini penting dalam sesuatu majlis hari jadi.
      - Apa yang boleh dipelajari dari pengalaman ini? Ada perkara yang boleh diperbaiki?

      Delete
  7. Permulaan:
    - Bersiap-sedia untuk majlis Hari Jadi itu, berasa tidak sabar.
    - Singgah pusat membeli-belah untuk membeli hadiah.
    - Menaiki bas ke rumah kawan saya
    Isi:
    - Menunggu kawan-kawan yang lain untuk bekumpul.
    - Berbual bersame kawan-kawan saya.
    - Makan petang.
    - Bermain permainan seperti kerusi muzikal.
    Pengakhiran:
    - Memotong kek sambil bernyanyi bersama-sama.
    - Memberikan hadiah kepada kawan.
    - Mengucapkan terima kasih dan pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan

      Pengakhiran
      - Mengapa tidak masukkan acara tiup lilin pada bahagian isi? Acara ini penting dalam sesuatu majlis hari jadi.
      - Catatan mengenai ucapan terima kasih menunjukkan kesopanan yang tersirat

      Delete
  8. Permulaan:
    - ghairah
    - menunggu hari ini untuk masa yang lama
    - pergi ke rumah kawan dengan segerah
    - berikan hadiah mahal kepada kawan
    - terima kasih kepada saya
    Isi:
    - makan makanan enak yang dimasak oleh ibu kawan
    - kawan lain terjatuh pingganya dan pinggan terpecah
    - terkenah beling pinggan
    - tercederah
    - kawan yang tercederah dihantar ke hospital
    - majlis hari jadi kawan terhancur termusnah
    - kawan rasah sedih
    - cuba menghiburkan dia dengan menyanyi dia lagu hari jadi
    - dia tersenyum dan berterima kashih kepada saya lagi
    - pergi balik rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan

      Isi - bertepatan, ada unsur saspens dalam karangan = baik!

      Pengakhiran
      - suatu pendekatan yang baik
      - apa yang dipelajari?

      Delete
  9. Saya telah membuat sebuah peta minda.Peta Minda itu di pautan ini:
    http://tinyurl.com/79aqevy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi & Pengakhiran - bertepatan

      Tambahan pada pengakhiran
      - suatu pendekatan yang baik
      - apa yang dipelajari?

      Delete
  10. Permulaan:

    -Bangun awal dengan penuh ghairah
    -Bersiap dengan membawa sekeping kad hari jadi dan beberapa dolar
    -Menaiki bas ke pusat membeli-belah
    -Membeli hadiah

    Isi:

    -Tiba di tempat yang majlis itu diadakan
    -Mengucapkan selamat hari jadi kepadanya dan memberikannya kad hari jadi serta hadiah untuknya
    -Menolong kawan untuk menyiapkan hidangan sebelum tetamu tiba
    -Menunggu tetamu untuk sampai sambil bermain di luar
    -Menyambut tetamu yang lain apabila mereka datang

    Pengakhiran:
    -Menyanyi lagu hari lahir untuk kawan dengan orang lain
    -Mengmabil gambar selepas memotong kek
    -Makan kek
    -Menolong kawan untuk kemas tempat itu
    -Pulang ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan


      Pengakhiran
      - Mengapa acara tiup lilin di akhir cerita? Ia adalah acara kemuncak, jadi ia harus diletakkan di bahagian isi
      - Catatan mengenai menolong kawan, bersalaman, mengucapkan tahniah adalah antara sifat kesopanan yang disampaikan secara tersirat

      Delete
  11. Permulaan:
    Bersiap-siap di rumah
    Membawa hadiah

    Isi:
    Bertemu dengan rakan-rakan sebelum pegri bersama
    Sampai rumah kawan, bersalam-salaman
    Memberi hadiah kepada kawan
    Menjamu selera
    Bercakap-cakap dengan kawan lain di sana

    Pengakhiran
    Ibu kawan mengeluarkan kek
    Tiap lilin
    Mengucap terima kasih kepada keluarga kawan
    Pulang rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan

      Pengakhiran
      - Mengapa acara tiup lilin di akhir cerita? Ia adalah acara kemuncak, jadi ia harus diletakkan di bahagian isi
      - Catatan mengenai menolong kawan, bersalaman, mengucapkan tahniah adalah antara sifat kesopanan yang disampaikan secara tersirat

      Delete
  12. Permulaan:
    Bersiap sedia untuk majlis.
    Mengambil hadiah yang besar.
    Bertemu dengan rakan-rakan.
    Menaiki bas ke majlis.

    Isi:
    Dijemput dengan mesra.
    Bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang lain.
    Berbual-bual bersama rakan-rakan.
    Bermain.
    Dijemput makan oleh tuan rumah yang baik hati.
    Menjamu selera.
    Merasa pelbagai jenis makanan.

    Pengakhiran:
    Ibu rakan mengeluarkan kek.
    Semua bernyanyi sama dengan meriah.
    Makan kek yang manis dan berperisa strawberi.
    Kawan mengucap terima kasih.
    Semua orang pulang ke rumah.

    Ibrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Permulaan & isi - bertepatan

      Pengakhiran
      - Mengapa acara tiup lilin di akhir cerita? Ia adalah acara kemuncak, jadi ia harus diletakkan di bahagian isi
      - Catatan mengenai menolong kawan, bersalaman, mengucapkan tahniah adalah antara sifat kesopanan yang disampaikan secara tersirat

      Delete
    2. Saya pun tak tahu mengapa acara tiup lilin di akhir cerita. Saya just ikut org aje. It's like the blind leading the blind. :)

      Delete
    3. Ibrahim, sila pastikan hasil tugasan yang asli. Kalau awak ikut tanpa memikirkan akibatnya, kemungkinan besar awak akan membuat kesilapan.

      Saya harap ini tidak berlaku lagi.

      Delete
    4. Saya hanya copy part tentang meniup lilin.

      Delete
  13. Permulaan:
    Bersedia dan memilih hadiah. Berjumpa bersama kawan- kawan dan menuju ke majlis melalui bas.
    Isi: Memberi salam kepada kawan-kawan lalu berbual-bual. Mereka bermain dan dijemput makan oleh tuan rumah. Mereka dapat menikmati pelbagai jenis hidangan.
    Pengakhiran: Mereka bernyanyi sambil memotong kek dan dia mengucap terima kasih kepada kawan-kawan.Selepas makan kek yang enak,mereka pulang ke rumah. (Minta maaf kerana dihantar lambat)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Pengakhiran
      - Mengapa acara tiup lilin di akhir cerita? Ia adalah acara kemuncak, jadi ia harus diletakkan di bahagian isi
      - Sila pastikan karangan membuat lebih baik perlakuan agar penceritaan jadi lebih baik.

      Sila pastikan perkara ini tidak berlaku lagi.

      Delete
  14. Permulaan:
    - Bangun awal
    - Menyampul hadiah yang telah dibeli
    - Bersiap-sedia
    - Berasa tidak sabar

    Isi:
    - Dihantar oleh bapa menaiki kereta
    - Tiba di rumah rakan
    - Bersalaman dan memberikan hadiah
    - Berbual-bual
    - Menjamu selera
    - Bermain dengan yang lain
    - Dihiburkan oleh seorang badut
    - Berasa gemmbira dan terhibur

    Pengakhiran:
    - Mengelilingi meja makan
    - Kek besar disediakan
    - Menyanyikan lagu hari jadi rakan
    - Membuat impian( berhasrat)
    - Tiup lilin
    - Tepuk tangan
    - Menjamu kek
    - Majlis hari jadi pun selesai

    Maaf cikgu kerana lambat hantar :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sumbangan awak.

      Pengakhiran
      - Mengapa acara tiup lilin di akhir cerita? Ia adalah acara kemuncak, jadi ia harus diletakkan di bahagian isi
      - Ada banyak perlakuan yang terdapat, saya harap ia dapat diterapkan sebaik mungkin.

      Sila pastikan perkara ini tidak berlaku lagi.

      Delete
  15. Danish K, sila pastikan awak tulis peta minda di lampiran yang saya berikan. Harap jangan lupa buat tugasan yang diberikan.

    ReplyDelete