Sunday, 25 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (E-Learning 21 Mac 2012)


Para pelajar arif budiman,

Sila rujuk pada daftaran tugasan yang dilampirkan. Kamu dikehendaki memberi komen kamu pada hasil karangan rakan kamu. Kamu dikehendaki merujuk pada hasil karangan rakan yang diletakkan di dalam Googlesite E-Learning 21 March. Saya hanya dapat letakkan hasil karangan para pelajar yang telah berikan pada saya - Hasil Karangan. Bagi yang belum menghantarnya, sila emel secepat mungkin. Kamu akan melewatkan kerja kawan kamu.


Komen-komen kamu boleh berpandukan pada soalan-soalan berikut :

1. Adakah kosa kata atau ayat-ayat yang digunakan menunjukkan pengguasaan bahasa yang baik?
2. Adakah gaya/cara penulisan dapat menarik perhatian audiens (kamu)?
3. Apakah yang boleh diperbaiki lagi?

Selain itu, kamu boleh memberi komen-komen yang memberangsangkan. Tulis komen kamu seperti berikut...

Komen untuk rakan saya (nama rakan)
1.
2.
3.

Terima kasih.

Tugasan ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 26 Mac sebelum pukul 9 malam.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

8 comments:

  1. Komen untuk rakan saya (Zahid)
    1) Penggunaan kosa kata dan ayat-ayat Zahid, amat bagus tetapi beliau boleh menggunakan ayat-ayat yang lebih baik atau menerangi situasi dalam karangannya dengan lebih baik.
    2) Saya rasa, gaya/cara penulisan Zahid dapat menarik perhatian saya kerana beliau cuba untuk menulis perasaannya ketika gurunya hendak mengulangkan kertas peperiksaannya.
    3) Zahid boleh menyemak karangannya sekali lagi untuk mengelakkan daripada apa-apa kesalahan.

    ReplyDelete
  2. Komen untuk rakan saya (Ain)
    1. Hanya satu kali Ain terguna 'saya' apabila dia menggunakan 'aku' dalam karangannya. Narrative lebih baik jika meggunakan aku dan bukan saya.
    2. Aliran ceritanya lancar dan amat menarik.
    3. Karangannya boleh diperbaiki dengan menggunakkan perkataan yang menerangkan lebih baik situasinya.

    ReplyDelete
  3. Komen untuk rakan saya (Erika)
    1. Kosa kata yang digunakan olehnya baik. Dia juga menerangkan dengan baik. Tetapi, kosa katanya boleh diperbaikki.
    2. Gaya penulisan nya baik kerana ada suspens, yang membuatkan cerita itu untuk menjadi menarik.
    3. Dia boleh menggunakan perkataan-perkataan yang tidak mudah sahaja, Erika juga boleh menggunakan frasa-frasa berbunga.

    ReplyDelete
  4. Komen untuk rakan saya (Danish K)
    1) Kosa katanya baik dan tidak membuat banyak kesilapan. Tetapi, saya rasa dia boleh menggunakan perkataan-perkataan yang lebih menarik.
    2) Saya rasa Danish boleh menjadikan karangannya lebih menarik dengan memberi lebih suspens.
    3) Dia boleh menggunakan perkataan yang lebih menarik dan boleh memberi lebih suspens.

    ReplyDelete
  5. komen untuk rakan saya (Ibrahim)
    1)Kosa katanya baik dan tidak terlalu banyak kesilapan.
    2)saya rasa ceritanya telah menarik perhatian saya apabila saya membacanya dan saya tidak boleh henti membacanya hingga akhir.
    3)dia boleh perbaiki karangannya dengan menggunakkan lebih banyak perkataan yang membuat karangannya lebih menarik.

    ReplyDelete
  6. Komen untuk rakan ( Hannah)

    1) Ceritanya berjalan dengan lancar dan menarik apabila dibaca.
    2) Hannah telah meletakkan perkataan 'aku' dan 'saya'.
    3) Karangannya boleh diperbaiki dengan meletakkan kosa kata-kosa kata yang lebih deskriptif.

    ReplyDelete
  7. Komen untuk rakan saya (Jericho)
    1.Perkataan-perkataan yang digunakan amat baik,
    2.Cerita kamu sangat menarik, kamu telah menggunakan teknik kembali semula.
    3.Kamu boleh meluaskan perkataan-perkataan yang kamu menggunakan.
    Syabas,Jericho!

    ReplyDelete
  8. Komen untuk rakan saya (Daniel)
    1. Kosa katanya baik tetapi ia boleh menjadi lebih baik.
    2.Gaya/cara penulisan dapat menarik perhatian saya tetapi ceritanya akan menjadi lebih bagus jika dia ada lebih suspens
    3. Dia boleh menjadi lebih telititi kerana dia tidak meletakkan jarak untuk beberapa perkataan.

    ReplyDelete