Monday, 26 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Majalah Siswa)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Fotografi Sukan" di muka surat 62 dalam Majalah Siswa edisi bulan Mac, kamu dikehendaki menganalisanya berdasarkan konsep Paul's Wheels of Reasoning (sila rujuk pada gambar rajah serta penjelasan).



Analisis Petikan (Pemikiran Kritis)

NO.

POINT KEMASUKAN

DAPATAN (BERDASARKAN SOALAN PANDUAN)

1

Tujuan

Apakah jenis petikan ini? Apakah tujuan penulis artikel ini? Mengapa penulis mengarang artikel ini?

2

Bukti/Data

Apakah bukti yang digunakan penulis bagi menguatkan hujahnya? Adakah beliau merujuk pada bahan-bahan lain?

3

Andaian

Apakah andaian penulis berdasarkan isu yang dibentangkan? Apakah andaian penulis pada para pembacanya?

4

Pendapat

Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat siapa? Kumpulan apakah yang diwakili penulis?

5

Konsep

Apakah konsep atau idea yang dibentangkan dalam artikel ini?

6

Kesan

Apakah kesan daripada penulisan isu-isu yang dibentangkan dalam artikel ini?

7

Maksud Tersirat

Apakah maksud tersirat dalam artikel ini? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini?

8

Persoalan

Apakah isu utama yang dibentangkan dalam artikel ini? Adakah isu-isu berkaitan isu utama ini?



Sila letakkan dapatan kamu di ruang komen. Sebagai contoh, saya letakkan dapatan saya bagi Point Kemasukan (1) Tujuan. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Point Kemasukan (1) Tujuan
  • Teks ini adalah teks jenis pendapat.
  • Tujuan penulis artikel ini adalah untuk memberitahu orang awam tentang kebangkitan genre fotografi yang baru dan semakin digemari ramai.
  • Penulis mengarang artikel ini adalah untuk menyatakan bahawa genre fotografi semakin popular, acara-acara sukan yang memerlukan genre fotografi tertentu.

Ini adalah tugasan setiap individu.

Point Kemasukan Penyumbang dapatan

1

Tujuan

oleh Cikgu

2

Bukti/Data

oleh Ain & Qadirah

3

Andaian

oleh Huda & Hannah

4

Pendapat

oleh Erika, Jericho & Danish M

5

Konsep

oleh Danish K & Zahid

6

Kesan

oleh Afif & Hakeem

7

Maksud Tersirat

oleh Irfan & Ibrahim

8

Persoalan

oleh Shaquille & MDaniel



Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad



12 comments:

  1. konsep ialah tentang fotografi sukan dan tentang aksi- aksi sukan. Terima kasih. Dari:Zahid & Danish K

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point kemasukan(5)konsep
      -konsep itu ialah fotografi sukan

      -Dan tentang aksi-aksi sukan.

      Delete
  2. Point Kemasukan (3) Andaian
    - Andaian penulis adalah sukan-sukan yang dalam teks itu sahaja yang beraksi manakala terdapat sukan-sukan yang lain yang juga beraksi

    - Penulis andaikan bahawa pembaca adalah orang yang ingin tahu dengan lebih dalam tentang fotografi sukan.

    (Huda & Hannah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. andaian :ada perkara yg dianggap fakta oleh penulis.
      *yang lain juga mempunyai konsep aksi.

      Delete
  3. Kesan penulisan isu-isu adalah pembaca akan lebih tahu tentang hobi-hobi atau minat-minat orang lain.
    Dari: Hakeem (dan Afif)

    ReplyDelete
  4. Point Kemasukan (4) Pendapat

    -Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat penulis

    - Penulis mewakili kumpulan jurufoto dan penulis.

    Jericho & Erika

    ReplyDelete
    Replies
    1. -Orang yang tidak tahu banyak tentang jurufoto atau ahli sukan.

      Delete
  5. Point kemasukan (8) Persoalan

    -Isu utama iaiah tentang fotografi sukan yang semakin popular dan digemari oleh orang ramai.

    -Ya, sebab kebanyakan diberitahu tentang fotografi sukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Isu utama ialah tentang fotografi yang semakin popular kerana ia sesuatu minat yang baru.

      Delete
  6. Point Kemasukan (2) Bukti/Data
    1.Bukti yang penulis menggunakan untuk menguatkan hujahnya ialah dia memberitahu supaya fotografi sukan adalah popular dan mencabar.
    2. Ya, dia merujuk ke bahan-bahan lain untuk menguatkan hujahnya kepada pembaca-pembaca.

    Ain & Qadirah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point Kemasukan (2) Bukti/Data
      1. Bukti yang menunjukkan bahawa fotografi sukan ialah popular dan mencabar adalah kerana ia digemari ramai orang. Fotografi sukan pun mencabar dari segi persediaan peralatan kamera yang digunakan.

      Delete
  7. Point Kemasukan (7) Maksud Tersirat
    1)Maksud tersirat di dalam artikel ini ialah penulis sedang mempromosi fotografi.
    2)Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini adalah penulis artikel ini suka akan sukan dan fotografi.

    ReplyDelete