Tuesday, 27 March 2012

Santapan Minda - Kembara (1HML & 1ML)



Salam sejahtera semua,
Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Selasa, 27 Mac 2012, Kayu Dalam Alam Melayu
Pautan  : Berita



1.     Bloom’s Taxanomy – Remembering :
Apakah peranan pokok dalam masyarakat Melayu kini? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan? (2 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu. 
Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk 
menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 20129 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

2 comments:

  1. 1) Peranan pokok dalam masyarakat Melayu kini adalah sebagai sumber alam yang dapat menjadi semacam lombong emas bagi masyarakat. Dunia dapat dihuraikan kepada dua entiti utama yakni alam manusia dan alam roh.

    2) Kesenian adalah perkara yang dikaitkan dengan hasil daripada dengan bakat seperti bermain wayang kulit manakala warisan adalah harta ataupun benda peniggalan.

    3) Dua semangat itu adalah kayu yang bersemangat tinggi dan rendah. Kayu yang bersemangat tinggi digunakan untuk membuat benda-benda yang bernilai tinggi manakala kayu yang bersemangat rendah pula digunakan bagi membuat benda harian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Jawapan jadi lebih mengelirukan bila ada jawapan yang tidak diperlukan - tidak perlu "Dunia dapat dihuraikan kepada dua entiti utama yakni alam manusia dan alam roh. "

      Soalan 2 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Perlu mulakan ayat dengan..."Perbezaan tersebut adalah....."
      • Pembetulan
      - "dengan" = dibuang, tidak perlu

      Soalan 3 : 4 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!

      Jumlah = 6.5/8

      Terima kasih.

      Delete