Monday, 16 April 2012

Kelas Bahasa Melayu - 17 April 2012


Para pelajar arif budiman,

Maaf kerana saya tidak dapat hadir pada hari Selasa, 17 April. Sila pastikan kamu duduk di kelas sendiri dan selesaikan tugasan yang diberikan. Kamu dikehendaki rujuk pada arahan-arahan berikut bagi memastikan masa kamu digunakan sebaik mungkin.

1. Rujuk pada Googlesite-HML.

2. Pergi ke Bahagian Kemahiran Berfikir (Bahasa). Klik pada pautan (link) Latihan Bahasa - Kertas Peperiksaan.

3. Muat turun dokumen Latihan 1 (Bahasa-Soalan)_1HML&1ML.

4. Tulis jawapan untuk semua bahagian kecuali Bahagian D (Ringkasan). Kamu dikehendaki menggunakan kertas foolscap sendiri.

5. Hantar pada wakil kelas sejurus selepas berakhirnya waktu kelas Bahasa Melayu. Kamu dikehendaki hantar kertas jawapan sama ada kamu sudah selesai ataupun belum.

6. Wakil kelas akan masukkan kertas kawan-kawan ke dalam peti surat saya di luar bilik guru.

7. Wakil kelas - S101 = Erika; S102 = Daniel; S103 = Ibrahim.


Semoga masa dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

Salam mesra,
Cg Azizah.Ahmad





No comments:

Post a Comment