Monday, 9 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 1HML & 1ML)

Para pelajar,

Ini tugasan untuk minggu ini. Selamat membaca!

Petikan : Isnin, 9 April 2012, Disiplin kunci kejayaan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Remembering :

Apakah peranan penting yang dimainkan para pegawai SAF sebagai komander? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘taktik dengan ‘strategi? (2 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, Said Mahdi ada menyatakan bahawa latihan SAF bermanfaat untuk dirinya. Apakah dua manfaat tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan.(4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 12 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

6 comments:

  1. 1)Seorang komander memberi inspirasi dan membangunkan tujuan misi dalam diri askar-askar mereka.
    2)Startegi ialah suatu tindakan yang direka untuk mencapai matlamat
    manakala taktik adalah suatu tindakan yang dirancang untuk mencapai sesuatu akhir.
    3)Latihan itu mengajar dia tentang betapa pentingnya disiplin diri dan bagaimana memimpin dengan lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu mulakan ayat dengan..."Tugas seorang komander adalah....."

      Soalan 2 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Perlu mulakan ayat dengan..."Perbezaan tersebut adalah....."
      • Pembetulan
      - "Startegi" = "Strategi"

      Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      • Jawapan perlu lebih tepat.
      • Jawapan = Latihan itu mengajar dia tentang pentingnya disiplin diri dalam menjalani rutin sebagai ahli tentera dan dia belajar bagaimana memimpun dengan lebih baik bila dia dapat pengalaman mengetuai kumpulan.

      Jumlah = 4.5/8
      Terima kasih.

      Delete
  2. 1) Seorang komander memberi inspirasi dan membangunkan tujuan misi dalam diri askar-askar mereka.

    2) Strategi adalah suatu rancangan untuk mencapai sesuatu tetapi taktik adalah sesuatu suatu tindakan yang dirancang untuk mencapai sesuatu akhir

    3) Latihan itu bermanfaat kepada dirinya kerana latihan itu mengajar dia tentang betapa pentingnya disiplin diri kerana walaupun dia mendapati latihan ketenteraan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS) agak mencabar, dia mendisiplin diri untuk latihan itu dan akhirnya menangi Pedang Merit - sebuah anugerah yang diberikan bagi 10 peratus pelatih terbaik di OCS. Selain itu, dia mempelajari bagaimana untuk memimpin dengan lebih baik kerana dia telah mempelajari banyak cara-cara memimpin askar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu mulakan ayat dengan..."Tugas seorang komander adalah....."

      Soalan 2 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Perlu mulakan ayat dengan..."Perbezaan tersebut adalah....."
      • Pembetulan
      - "sesuatu akhir" = "hasrat"

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "mendisiplin" = "mendisiplinkan"
      - "banyak cara-cara" = "banyak cara / cara-cara"

      Jumlah = 5.5/8
      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Seorang komander mestilah tahu cara-cara memimpin askar, taktik dan strategi pertempuran serta pengetahuan asas ketenteraan.
    2) Taktik adalah sesuatu perkara yang dibut untuk mencapai sesuatu dan strategi adalah sesuatu tindakan yang telah diingin untuk dibuat.
    3) Perkara yang bermanfaat untuk dirinya adalah kepentingan disiplin diri dan bagaimana memimpin dengan lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu mulakan ayat dengan..."Tugas seorang komander adalah....."

      Soalan 2 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Perlu mulakan ayat dengan..."Perbezaan tersebut adalah....."
      • Pembetulan
      - "dibut" = "dibuat"

      Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      • Jawapan perlu lebih tepat.
      • Jawapan = Latihan itu mengajar dia tentang pentingnya disiplin diri dalam menjalani rutin sebagai ahli tentera dan dia belajar bagaimana memimpun dengan lebih baik bila dia dapat pengalaman mengetuai kumpulan.

      Jumlah = 4.5/8
      Terima kasih.

      Delete