Sunday, 13 May 2012

Kelas Bahasa Melayu - 14 Mei 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa saya tidak dapat hadir pada hari Isnin, 14 Mei. Sila pastikan kamu duduk di kelas sendiri dan selesaikan tugasan yang diberikan. Kamu dikehendaki rujuk pada arahan-arahan berikut bagi memastikan masa kamu digunakan sebaik mungkin.

1. Rujuk pada Googlesite-HML.

2. Pergi ke Bahagian Kemahiran Berfikir (Bahasa). Klik pada pautan (link) Latihan Bahasa - Kertas Peperiksaan.

3. Muat turun dokumen Latihan 1 (Bahasa-Soalan)_1HML&1ML.

4. Tulis jawapan untuk bahagian belum kamu selesaikan tempoh hari. Kamu dikehendaki menggunakan kertas foolscap sendiri.

5. Hantar pada wakil kelas sejurus selepas berakhirnya waktu kelas Bahasa Melayu. Kamu dikehendaki hantar kertas jawapan sama ada kamu sudah selesai ataupun belum.

6. Wakil kelas akan masukkan kertas kawan-kawan ke dalam peti surat saya di luar bilik guru.

7. Wakil kelas - S101 = Erika; S102 = Daniel; S103 = Ibrahim.


Semoga masa dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

Salam mesra,
Cg Azizah.Ahmad

No comments:

Post a Comment