Monday, 16 July 2012

Cerita Dongeng - Hang Tuah & Hang Jebat

Para pelajar arif budiman,

Sila jawab soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.

1. Siapakah Hang Tuah, Hang Jebat? Apakah hubungan di antara mereka?
2. Apakah tujuan cerita dongeng mereka?
3. Apakah watak yang awak digemari, Hang Tuah atau Hang Jebat? Mengapa?
4. Jika awak sebagai Hang Tuah atau Hang Jebat, apakah yang awak hendak lakukan agar keadaan menjadi lebih baik?


Terima kasih.
Cg Azizah

31 comments:

  1. 1.Hang Tuah dan Hang Jebat ialah pahlawan-pahlawan handal di Melaka. Hubungan mereka sangat rapat seperti adik-beradik.

    2. Tujuan mereka ialah untuk walaupun kamu berkuasa, kamu tidak boleh membuat sesuka hati seperti Sultan yang terus bertujuan untuk membunuh Hang Tuah tanpa bukti.

    3. Hang Tuah. Saya gemari Hang Tuah kerana dia sanggup mengikuti arahan Sultan untuk dibunuh walaupun Hang Tuah difitnah.

    4. Saya akan berbual dengan Hang Jebat dahulu supaya tidak berlawan hingga seseorang dibunuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shaquille. Suatu cadangan yang menunjukkan kematangan fikiran - selalunya kekerasaan tidak dapat menyelesaikan masalah.

      Delete
  2. 1) Hang Tuah dan Hang Jebat adalah pahlawan handal di Melaka. Mereka kawan yang begitu akrab.
    2. Tijuan cerita ini adalah untuk mengajar ketaatan dan juga membuat pilihan yang wajar.
    3. Hang Jebat kerana dia taat kepada Hang Tuah.
    4. Kalau saya menjadi Hang Tuah, saya akan cuba menengakan Hang Jebat dan menyelesaikan masalah ini tanpa keganasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Danish. Saya setuju bahawa keganasan boleh dielakkan jika ada perbincangan daripada kededua pihak.

      Delete
  3. 1. Hang Tuah dan Hang Jebat adalah pahlawan-pahlawan negeri Melaka. Mereka adalah rakan rapat.

    2. Tujuan cerita dongeng itu ialah untuk mengajar kita membalas jasa pertolongan baik seseorang.

    3. Saya gemari Hang jebat kerana beliau menolong rakan baiknya, Hang Tuah, semuanya yang beliau mampu.

    4. Jika saya Hang Tuah, saya akan memberitahu Sultan itu yang saya tidak akan berlawan bersama Hang Jebat kerana saya dan Hang Jebat memastikan keselamatan negeri Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ain. Suatu pandangan yang menunjukkan pemikiran kritis ('critical thinking'). Adakalanya kita boleh meraih peluang yang ada untuk melakukan perkara yang lebih baik - seperti Hang Tuah menggunakan situasi darurat untuk memujuk Sultan.

      Delete
  4. 1) Mereka adalah pahlawan dalam lagenda Melayu. Hang Tuah dan Hang Jebat adalah kawan rapat.
    2) Tujuan cerita dongeng ini adalah untuk mengajar orang bahawa kita sepatutnya tidak berdendam terhadap orang lain dan berbohong kepada orang lain.
    3) Hang Jebat. Walaupun Hang Tuah rasa bahawa Hang Jebat bersalah, saya rasa perbuatan Hang Jebat itu baik kerana dia telah menegakan keadilan untuk kawannya di negeri Melaka.
    4) Jika saya sebagai Hang Tuah atau Hang Jebat, saya akan berbual dengan Sultan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hannah. Sememangnya perbincangan akan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.

      Delete
  5. 1. Hang Tuah dan Hang Jebat ialah pahlawan Melaka laksamana. Meraka adalah sahabat yang agak rapat.

    2.Tujuan cerita ini ialah untuk melebarkan sejarah Melaka.

    3.Saya gemari hang Tuah kerana dia memang taat kepada Sultan walaupun Sultan telah mengancam untuk membunuh dia.

    4.Saya tidak akan membunuh satu sama lain dan cuba memahami satu sama lain.

    ~ Zahid :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zahid. Niat untuk tidak membunuh adalah suatu pemikiran yang sangat baik. Penyelesaian boleh berlaku jika ada perbincangan yang berkesan.

      Delete
  6. 1) Mereka dua adalah kawan rapat.

    2) Tujuan cerita ini ialah untuk menunjukkan yang walaupun kamu berkuasa, kamu tidak boleh membuat sesuka hati.

    3) Watak digemari oleh saya dari cerita dongeng ini ialah Hang Tuah kerana dia sanggup untuk dibunuh atas arahan sultan walaupun dia difitnah.

    4) Jika saya antara dua mereka, saya tidak akan membalas dendam dengan mengamuk kerana ia terlalu melampau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Daniel. Ada kebenarannya yang apabila kita mengamuk, ia akan memburukkan keadaan. Sebab itu kita dinasihati agar sentiasa bersabar dan terlalu ikut emosi.

      Delete
  7. 1)Hang Tuah dan Hang Jebat ialah pahlawan Melaka. Hubungan mereka kawan baik
    2)Tujuan cerita ini ialah untuk menajar kami untuk mematuhi arahan ketua kami
    3)Saya lebih gemari Hang Tuah kerana dia hebat dalam silat dan kerisnya berkuasa.
    4)Saya akan menyelesaikan konflik itu tidak dengan berjuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Irfan. Memang benar bahawa kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah. Dan kita hanya berjuang untuk menegakkan keadilan.

      Delete
  8. 1) Hang Tuah dan Hang Jebat adalah pahlawan kepada sultan Melaka. Mereka adalah kawan rapat.

    2) Tujuan cerita dongeng mereka adalah untuk menunjuk orang bahawa kita perlu taat atau mematuhi arahan ketua kita.

    3) Watak yang saya gemari adalah Hang Tuah kerana dia seorang yang handal dalam silat dan dia selalu taat setia kepada sultan melaka.

    4) Jika saya Hang Tuah, saya akan cuba meyakinkan Hang Jebat bahawa kita perlu taat kepada sultan Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hakeem. Adakah sikap taat setia pada Sultan penting? Kita selalu dinasihatkan agar sentiasa fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita. Renung-renungkanlah.

      Delete
  9. 1. Hang Tuah dan Hang Jebat ialah pahlawan yang terhebat di seluruh Melaka. Mereka adalah kawan rapat.

    2. Tujuan cerita dongeng itu ialah kita harus taat kepada orang yang tahap lebih tinggi daripada kita.

    3. Watak yang saya gemari ialah Hang Tuah kerana dia selalu taat kepada Sultan Melaka dan dia hebat dalam silat.

    4. Saya tidak akan bergaduh dan cuba untuk menyelesaikan masalah itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Afif. Sikap taat setia memang penting tapi kita perlu pastikan bahawa orang berkuasa itu tidak mempergunakan kita.

      Delete
  10. 1) Mereka adalah pahlawan-pahlawan lagenda Melayu dan meraka adalah rakan baik.
    2) Tujuan cerita dongeng mereka adalah bahawa jangan sesekali berdendam terhadap orang lain kerana ia membawa padah.
    3) Watak yang saya gemari ialah Hang Jebat kerana dia bersikap hendak menegakkan keadilan di negari itu.
    4) Jika saya Hang Tuah, saya tidak akan membunuh Hang Jebat kerana dia hanya hendak membuat sesuatu yang baik. Jika dia menerangkan segalanya secara jujur kepada Sultan, baginda tentu akan faham. Keadaan akan menjadi baik dan tidak akan ada perselisihan faham.

    Huda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Huda. Suatu pandangan yang baik. Kita perlu bijak untuk berbincang secara matang agar segala masalah boleh diselesaikan secara baik.

      Delete
  11. 1) Hang Tuah dan Hang Jebat adalah pahlawan-pahlawan yang terhandal. Hubungan mereka sangat rapat seperti adik-beradik.

    2) Tujuan cerita dongeng mereka adaladh untuk memberitahu orang bahawa walaupun meraka berkuasa, mereka tidak boleh membuat sesuka hati dan ia juga memberitahu orang bahawa kita mesti menghormati orang yang berkuasa atau lebih tua.

    3) Hang Tuah. Saya gemari Hang Tuah kerana dia sanggup mengikuti arahan Sultan untuk dibunuh walaupun Hang Tuah difitnah.

    4) Jika saya Hang Tuah, saya hendak menenangkan dia dan cuba menyelesaikan masalah tanpa bergaduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ibrahim. Saya setuju bahawa kita harus sikap bertenang sebelum kita mulakan perbincangan. Ini akan membolehkan kita berfikir secara rasional.

      Delete
  12. 1. Hang Tuah ialah seorang laksama di Melaka. Hang Jebat sahabat terdekat Hang Tuah.
    2. Ia untuk memberitahu orang-orang tentang Hang Tuah yang telah berkhidmat kepada Sultan.
    3. Hang Jebat. Dia menuntut bela kematian sahabatnya. Ia bermakana dia sayang deangan Hang Tuah.
    4. Saya akan cuba berunding dengan Sultan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Erika. Saya setuju bahawa perundingan akan pasti dapat menyelesaikan masalah kerana ia berdasarkan pada pemikiran yang rasional.

      Delete
  13. 1. Hang Jebat dan Hang Tuah ialah pahlawan - palahwan lagenda di negeri Melaka. Hubungan mereka ialah sebagai sahabat.

    2. Kita tidak harus membalas dendam kepada orang lain.

    3. Saya gemari Hang Jebat kerana dia tidak melupakan jasa Hang Tuah kepada Melaka.

    4. Jika saya sebagai Hang Jebat, saya tidak akan membalas dendam kepada Sultan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Danish. Adakalanya kita perlu menunjukkan rasa tidak puas hati kita. Yang sebaiknya, kita tidak menggunakan kekerasan.

      Delete
  14. 1. Hang Tuah dan Hang Jebat ialah pahlawan legenda berbangsa Melayu. Mereka kawan rapat.

    2. Tujuan cerita dongeng mereka adalah mengajari untuk jangan membalas dendam.

    3. Saya gemari Hang Jebat kerana dia tidak melupakan kebaikan Hang Tuah kepada Melaka.

    4.Jika saya sebagai Hang Tuah atau Hang Jebat ,saya akan cuba untuk menamatkan konflik tanpa mencederakan sesiapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jericho. Suatu cara yang baik kerana kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah.

      Delete
  15. 1. Hang Tuah dan Hang Jebat adalah pahlawan-pahlawan handal di Melaka. Mereka pun adalah kawan akrab.
    2. Tujuan cerita dongeng ini adalah untuk mengajar orang yang kita harus membalas jasa-jasa orang lain dan kita tidak sepatutnya menghukum orang dengan sesuka hati kita.
    3. Hang Jebat. Saya lebih gemari Hang Jebat kerana beliau sanggup membalas dendam Hang Tuah apabila Hang Tuah dihukum bunuh.
    4. Jika saya Hang Tuah atau Hang Jebat, saya akan memberitahu Sultan bahawa saya tidak akan berlawan dengan kawan saya kerana masalah yang kecil.

    -Qadirah (S1-02)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Qadirah. Sikap berani untuk menyatakan pendapat pada Sultan adalah suatu pendekatan yang baik. Perbincangan secara rasional akan dapat memudahkan keadaan.

      Delete
  16. Terima kasih atas sumbangan yang awak lakukan. Semoga pengajaran ini dapat memberi kita perspektif yang berbeza tentang cerita dongeng.

    ReplyDelete