Monday, 16 July 2012

Cerita Dongeng - Perbandingan

Para pelajar arif budiman,

Selepas menonton video ini, kamu dikehendaki untuk berkongsi pendapat berdasarkan soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.





1. Apakah tujuan video ini dibuat?
2. Apakah perbezaan cerita dongeng yang kita ketahui dengan kartun ini?


Terima kasih.
Cg Azizah

31 comments:

  1. 1. Tujuan video ini dibuat adalah untuk menunjuk orang bahawa kita tidak perlu mengganas untuk menyelesaikan masalah.
    2. Di dalam cerita dongeng, Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah tetapi di dalam kartun ini, Hang Tuah dan Hang Jebat telah membuat sesuatu pertandingan untuk perempuan itu tetapi akhirnya perempuan itu adalah lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hakeem. Adakah perbuatan mereka untuk berebut perempuan, suatu yang baik? Mengapa?

      Delete
  2. 1. Tujuan video ini ialah untuk memberitahu penonton supaya jangan bergaduh atas perkara kecil.

    2. Di dalam cerita dongeng, Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah tetapi dalam kartun ini, mereka mengadakan pertandingan supaya mendapat perempuan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shaquille. Adakah perbuatan perempuan itu wajar? Mengapa?

      Delete
  3. 1. Tujuan video ini ialah untuk memberitahu orang untuk beralah dan jangan bergaduh tentang perkara kecil.

    2. Di dalam cerita dongeng, Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah tetapi dalam kartun ini, mereka mengadakan pertandingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ibrahim. Adakah pertandingan boleh menyelesaikan masalah Hang Tuah & Hang Jebat? Mengapa?

      Delete
  4. 1. Tujuan video ini adalah untuk memeberitahu penonton-penonton bahawa kita tiada sebab untuk mengecohkan sesuatu pergaduhan yang kecil.

    2. Di dalam cerita dongeng itu, pergaduhan Hang Jebat dan Hang Tuah menyebabkan kematian Hang Jebat. Di kartun tersebut pula, Hang Jebat dan Hang Tuah bergaduh untuk menarik perhatian perempuan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ain. Adakah pembikian video ini bersesuaian pada pelajar? Mengapa?

      Delete
  5. 1) Tujuan video ini adalah untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa perkara ataupun masalah yang kecil tidak harus dibesar-besarkan.

    2) Di dalam cerita dongeng itu, Sultan yang menjadi batu api ataupun penyebab Hang Jebat dan Hang Tuah berlawan namun dalam cerita kartun ini pula, gadis itulah yang telah menjadi penyebab Hang Jebat dan Hang Tuah mengadakan pertandingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Huda. Adakah perkara yang harus diperbesar-besarkan? Apakah perkara tersebut? Mengapa?

      Delete
  6. 1. Tujuan video ini ialah untuk mengajarkan kepada penonton-penonton bahawa kita tidak seharusnya bergaduh dengan sahabat terdekat kita tentang perkara yang kecil.

    2. Cerita dongengnya agak susah untuk memahami pengajaranya. Ceritanya membawa banyak pelajaran dan teladan. Cerita kartunnya kelaka dan tidak begitu serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Erika. Adakah cerita yang berunsur lucu seperti video ini akan lebih berkesan? Mengapa?

      Delete
  7. 1) Tujuan video ini ialah untuk tidak menggunakan keganasan untuk memenang pergaduhan tetapi gunakan persaingan untuk menyelesaikan masalaah.

    2)Di dalam cerita dongeng Hang Jebat meninggal dunia. Dalam kartun ini mereka lawan untuk menarik perhatian "perempuan" itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Irfan. Mengapakah watak 'perempuan' itu digunakan?

      Delete
  8. 1. Tujuan video ini adalah untuk menunjukkan kepada penonton-penonton bahawa kita tidak sepatutnya bergaduh atas masalah yang kecil ataupun membesarkannya.

    2. Di dalam cerita dongeng yang kita ketahui, Sultan yang menyebabkan Hang Jebat dan Hang Tuah bertengkar dan mengakibatkan kematian Hang Jebat. Namun dalam cerita kartun ini, Hang Jebat dan Hang Tuah bergaduh melalui pertandingan kerana mereka hendak memenangi hati gadis itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Qadirah. Adakah konteks pertandingan sesuai dalam menyelesaikan masalah? Mengapa?

      Delete
  9. 1. Tujuan video ini adalah untuk menunjukkan kepada penonton bahawa kita tidak seharusnya bergaduh tentang perkara atau masalah yang kecil.

    2. Di dalam cerita dongeng, Hang Jebat meninggal dunia kerana mereka telah bergaduh. Di dalam cerita kartun ini, Hang Tuah dan Hang Jebat bergaduh untuk menarik perhatian perempuan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Afif. Adakah video ini sesuai ditonton? Mengapa?

      Delete
  10. 1. Tujuan video ini adalah untuk menunjukkan kepada penonton bahawa kita tidak harus mengganas dan bergaduh untuk menyelesaikan masalah.

    2.Di cerita dongeng yang kita ketahui, Hang Jebat meninggal dunia kerana Hang Tuah dan Hang Jebat bergaduh. Di dalam cerita ini, mereka berlawan untuk menarik perhatian perempuan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zahid. Adakah cara yang dilakukan oleh Hang Tuah & Hang Jebat bersesuaian - bertanding untuk menarik perhatian perempuan itu? Mengapa?

      Delete
  11. 1) Tujuan video ini adalah untuk menunjukkan kepada penonton bahawa kita tidak harus bergaduh untuk menyelesaikan masalah.

    2) Di dalam cerita dongeng, Hang Jebat meninggal dunia kerana bergaduh dengan Hang Tuah. Di dalam cerita ini, mereka ditipu oleh lelaki yang memakai seperti orang perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Danish K. Apakah motif lelaki itu menipu kededua mereka? Adakah awak akan melakukan sedemikian - mempengaruhi orang dengan cara negatif? Mengapa?

      Delete
  12. 1.tidak harus mengganas dan bergaduh untuk menyelesaikan masalah.

    2.Hang Jebat mati.

    ReplyDelete
  13. Tujuan itu adalah untuk mengajar kita untuk tidak berganas.
    Dalam cerita dongeng, ada karakter yang lebih dan Hang Jebat mati.

    ReplyDelete
  14. 1) Tujuan video ini ialah untuk ajarkan kita yang walaupun kamu menang, ia tidak sepatutya ia adalah baik atau bagus.

    2) Perbezaannya ialah dalam cerita dongeng yang ketahui saya ialah dalam cerita itu, Hang Jebat dan Hang Tuah berlawan dan Hang Jebat mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Daniel. Adakah kemenangan penting dalam kehidupan? Mengapa?

      Delete
  15. 1)Tujuan video ini adalah untuk memberitahu kita bahawa kita sepatutnya menyelesaikan masalah tanpa berganas. Tujuan seterusnya adalah untuk mengajar kita bahawa kita tidak sepatutnya mengikut nafsu kita.
    2)Perbezaannya adalah dalam cerita dogeng,adalah terdapat banyak watak dan juga akhirnya beza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Danish. Adakah cerita dongeng ini bersesuaian dengan zaman moden ini? Mengapa?

      Delete
  16. 1. Tujuan video ini dibuat adalah untuk menunjuk orang bahawa kita tidak perlu mengganas untuk menyelesaikan masalah
    2. Dalam cerita dongeng, "perempuan" itu bukan motivasi mereka untuk . Hang Jebat pula dibunuh. Manakala, dalam cerita ini, mereka mengadakan pertandingan untuk menarik perhatian "perempuan" itu dan Hang Jebat tidak dibunuh.
    (hannah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hannah. Adakah penggunaan watak perempuan sesuai dalam konteks sekarang? Mengapa?

      Delete
  17. Terima kasih atas sumbangan. Saya harap kita akan terus menggunakan blog sebagai platfom kita berbincang.

    ReplyDelete