Thursday, 2 August 2012

Tugasan - 3 Ogos 2012


Para pelajar arif budiman,

Saya minta maaf kerana saya tidak dapat hadirkan diri esok, 3 Ogos. Walau bagaimanapun, ada tugasan yang perlu diselesaikan pada waktu kelas Bahasa Melayu pada pukul 8.45 pagi. Saya telah melantik wakil kelas - Danish M untuk S101, Qadirah untuk S1o2, Ibrahim untuk S103.

1. Semua pelajar akan berada di kelas masing-masing (bergabung dengan pelajar Cina). Memandangkan awak semua berkongsi ruang dengan mereka, sila pastikan awak tidak mengganggu mereka.

2. Wakil kelas perlu dapatkan lampiran daripada 'pigeon hole' saya di luar bilik guru. Setiap kelas ada label sendiri.

3. Wakil kelas berikan lampiran kepada rakan-rakan kelas.

4. Semua pelajar harus selesaikan tugasan dalam masa kelas Bahasa Melayu. Tiada perbincangan yang diperlukan.

5. Setelah tamat kelas Bahasa Melayu, semua pelajar wajib serahkan lampiran kepada wakil kelas.

6. Wakil kelas akan letakkan lampiran-lampiran tersebut di dalam 'pigeon hole' saya di luar bilik guru.

7. Tugasan ini akan dinilai. Sila pastikan tugasan ini diselesaikan.


Terima kasih atas kerjasama awak semua.

Salam mesra,

Cikgu Azizah.Ahmad




1 comment:

  1. Para pelajar arif budiman,

    Sila sedia maklum bahawa saya ingin awak semua hantar tugasan yang sepatutnya dihantar pada Jumaat lalu, 3 Ogos. Ada yang sudah menghantarnya :
    S101 - Hannah, Jericho, Danish M, Zahid,
    S102 - Qadirah
    S103 - Ain, Shaquille

    Wakil kelas, Danish M (S101), Qadirah (S102) & Ibrahim (S103), kumpulkan semua tugasan dan berikan pada saya di kelas S209 pada waktu CE. Jika saya tidak memperolehinya, para pelajar akan dikehendaki untuk hadiri SS agar dapat selesaikannya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete